SYAZ'S CLOUDS
29 November 2020
First step into Food Industry
Hey guys!!
Saya tahu betapa lamanya saya tidak mengupdate blog yang dahulunya pernah menjadi tempat luahan hatiku pada masa sekolah. Mungkin terlalu sibuk dengan kerja menggalas tanggungjawab mencari rezeki buat keluarga tercinta. In shaa Allah, saya akan cuba menaip sekurang-kurangnya seminggu sekali. Macam awkward pulak pakai saya awak gituuu. Hahahaha. Tapi saya ni baru setahun jagung dalam bidang makanan. Baru dua tahun bekerja dalam bidang makanan yang merupakan bidang paksa rela mungkin? Alhamdulillah Allah kurniakan rezeki untuk terus dapat pekerjaan sebelum graduate lagi sebab selepas officially tamat latihan praktikal, pemilik kilang mintak kerja demi support production untuk kuih raya. Al-maklumlah musim raya haji. Jadi selepas tamat praktikal maka bermulalah misi terunggul untuk menjadi wanita bekerjaya bawak handbag haa gitchu.
Berbekalkan iphone 6 yang dah lapuk pada masatu, satu per satu websites di singgah. Sebut saja, Jobstreet, LinkedIn,maukerja semua sudah ku cari. Dah berpuluh apply, namun tiada respons. Mungkin belum rezeki, mungkin ada yang terbaik Allah nak bagi, maka kita teruskan mencari. And, join la group untuk graduan-graduan sains makanan dekat Telegram. And suddenly ada iklan cari QC Assistant dekat group tu.Dekat dengan bedong pulak tu .Mungkin ni rezeki kan. Apalagi, terus la hantar resume bagai and Alhamdulillah beberapa hari selepas tu dapat la panggilan telelfon minta untuk mai IV.
Masa IV tu serius cuak gila hahahaha. Sebab yang IV tu Senior QA Exec, Kak Adziah. Lepas dia belek resume and transkrip, dia ada la tanya pasal microbiology food testing. Nasib la ada basic. Basically IV kalini senang la jugak consider first time mai IV heheheh. Alhamdullillah a few days after that dapat call kata berjaya IV dan di minta untuk melaporkan diri pada 01 Oktober 2018. Everything went smooth from registeration, open an account bank utk gaji. Dan akhirnya tarikh keramat untuk menjadi pekerja di kilang sembelih ayam pun sampai.
On 1st October 2018, mendaftar dekat tempat baru. Lepastu ada seketul insan comel yang namanya Yaya menegur diri ini yang malu-malu kucing.. Rupanya kami ditempatkan di department yang sama iaitu QA. Selepas selesai orientasi, maka bergeraklah kami ke department yang sepatutnya berada. Di sana, baru aku tahu rupanya posisi aku sebagai pembantu makmal merangkap QC store. Kak Sya (QA assistant) membawa aku melawat kawasan kilang. Selepas lawatan kilang, maka kembalilah aku membaca tiga file berkaitan SOP dan HACCP plan.First day went well. Alhamdullillah.
So sampai di sini saja coletah aku., maybe akan saya sambung di masa akan datang. Sampai ketemu lagi.
Adios.
20 February 2016
UKM:Sains Makanan dan Pemakanan
Assalamualaikum.
Entri pertama untuk tahun 2016.Applause everybadeh!!! Segala entri dari zaman nenek moyang dah aku padam.Sebab apa? Sebab bila aku baca balik,terserlah ketidakmatangan penulisan aku ketika itu. Umum mengetahui bahawa aku dengan jayanya berjaya survive 1 tahun setengah berada zaman kegelepan universiti.Tipulah,zaman di universiti.
Aku student Universiti Kebangsaan Malaysia,mengambil kos Sains Makanan dan Pemakanan a.k.a nutritions.Korang jangan terkonfius dengan dietetik,nama kos dia pun hampir sama dan maybe beberapa perkara yang aku belajar maybe ada yang sama dan tak sama.Kalau nutrition based on UKM Bangi dan Dietetik based kat UKM KL.
Actually aku tak minta pun kos nie,dah Allah bagi aku sambung sini dalam kos nie,aku bersyukur sebab dapat mempersiapkan diri untuk membela nasib anak bangsa.Ceyhh..Bila aku dengar kos nie,aku syak kos nie mesti banyak makan-makan.Dah nama pun pemakanan kan?
Tak ada pun.Itu semua fiction semata-mata. Hakikatnya banyak yang kami belajar berkaitan dengan makanan dan kehidupan.Kami belajar cara pemakanan yang sihat meskipun aku dah berpuluh-puluh kali melanggar pantang larang lecture aku agar jangan makan ayam goreng.Selain itu,kami juga belajar diet yang sesuai,so sapa-sapa yang rasa nak diet nak bagi sihat tubuh badan bolehlah email,ataupun in shaa Allah entri akan mendatang aku akan buat pasal cara diet yang betul dan berkesan!
Banyak jugak benda yang korang akan belajar apabila ambil kos nie..Memang pengalaman jugak dan benda nie best sebab apa yang kita makan,kita akan tahu apa yang baik dan kurangnya.Masa aku second year (first sem) aku banyak bermain dengan makanan.Nak detect Salmonella,E. Coli lah dang segala jenis bacteria yang mungkin ada di dunia ni.
So,bagi adik-adik yang dapat kos Sains Makanan dan Pemakanan jangan terus kata,ehh kos nie makan-makan nie,senang ja.Adik,tak ada apa yang senang kat dunia ni.Dan janganlah sedih seperti kekasih lari sebab actually banyak ja kerja dalam bidang nie.Boleh refer link bawah untuk tahu bidang-bidang pekerjaan dalam sains makanan dan pemakanan.
Thank you for reading.
I'm sorry sebab jarang update blog and bukak blog since busy, do drop email if you guys want to ask anything (nurulsyazlinasamsudin@gmail.com). And if anyone need alumni from ukm for the video, it will be my pleasure to help you. Btw, only for SP and kawasan sekitar since i live here.
Subscribe to:
Comments (Atom)
First step into Food Industry
Hey guys!! Saya tahu betapa lamanya saya tidak mengupdate blog yang dahulunya pernah menjadi tempat luahan hatiku pada masa sekolah. Mungk...
-
Assalamualaikum. Entri pertama untuk tahun 2016.Applause everybadeh!!! Segala entri dari zaman nenek moyang dah aku padam.Sebab apa? Se...
-
Hey guys!! Saya tahu betapa lamanya saya tidak mengupdate blog yang dahulunya pernah menjadi tempat luahan hatiku pada masa sekolah. Mungk...