20 February 2016

UKM:Sains Makanan dan Pemakanan

Assalamualaikum.

Entri pertama untuk tahun 2016.Applause everybadeh!!! Segala entri dari zaman nenek moyang dah aku padam.Sebab apa? Sebab bila aku baca balik,terserlah ketidakmatangan penulisan aku ketika itu. Umum mengetahui bahawa aku dengan jayanya berjaya survive 1 tahun setengah berada zaman kegelepan universiti.Tipulah,zaman di universiti.

Aku student Universiti Kebangsaan Malaysia,mengambil kos Sains Makanan dan Pemakanan a.k.a nutritions.Korang jangan terkonfius dengan dietetik,nama kos dia pun hampir sama dan maybe beberapa perkara yang aku belajar maybe ada yang sama dan tak sama.Kalau nutrition based on UKM Bangi dan Dietetik based kat UKM KL.

Actually aku tak minta pun kos nie,dah Allah bagi aku sambung sini dalam kos nie,aku bersyukur sebab dapat mempersiapkan diri untuk membela nasib anak bangsa.Ceyhh..Bila aku dengar kos nie,aku syak kos nie mesti banyak makan-makan.Dah nama pun pemakanan kan?


Tak ada pun.Itu semua fiction semata-mata. Hakikatnya banyak yang kami belajar berkaitan dengan makanan dan kehidupan.Kami belajar cara pemakanan yang sihat meskipun aku dah berpuluh-puluh kali melanggar pantang larang lecture aku agar jangan makan ayam goreng.Selain itu,kami juga belajar diet yang sesuai,so sapa-sapa yang rasa nak diet nak bagi sihat tubuh badan bolehlah email,ataupun in shaa Allah entri akan mendatang aku akan buat pasal cara diet yang betul dan berkesan!

Banyak jugak benda yang korang akan belajar apabila ambil kos nie..Memang pengalaman jugak dan benda nie best sebab apa yang kita makan,kita akan tahu apa yang baik dan kurangnya.Masa aku second year (first sem) aku banyak bermain dengan makanan.Nak detect Salmonella,E. Coli lah dang segala jenis bacteria yang mungkin ada di dunia ni.

So,bagi adik-adik yang dapat kos Sains Makanan dan Pemakanan jangan terus kata,ehh kos nie makan-makan nie,senang ja.Adik,tak ada apa yang senang kat dunia ni.Dan janganlah sedih seperti kekasih lari sebab actually banyak ja kerja dalam bidang nie.Boleh refer link bawah untuk tahu bidang-bidang pekerjaan dalam sains makanan dan pemakanan.


Thank you for reading.
I'm sorry sebab jarang update blog and bukak blog since busy, do drop email if you guys want to ask anything (nurulsyazlinasamsudin@gmail.com). And if anyone need alumni from ukm for the video, it will be my pleasure to help you. Btw, only for SP and kawasan sekitar since i live here.

First step into Food Industry

Hey guys!! Saya tahu betapa lamanya saya tidak mengupdate blog yang dahulunya pernah menjadi tempat luahan hatiku pada masa sekolah. Mungk...